Showing posts with label UMUM / SANTAI / GEDIK2. Show all posts
Showing posts with label UMUM / SANTAI / GEDIK2. Show all posts

PENGHUJUNG CINTA MU


Assalam.. Lama mek xupdate blog, terasa kesibukan dan kemalasan ini makin membuak2 dlm diri ini. lagi pun  tgh mengalami healing crisis akibat gangguan perasaan..hahaha (sila abaikan pengakuan ini). Ni mek nk cete, pada 07/10/2011 mek dan adik telah pergi ke menyertai majlis pertunanga 'kembar' mek aka jue kat kerteh. Majlisnya pada hari jumaat. so pagi2 lepas subuh mek pun bertolak la ke sana, (1st time drive menghala kesana)  


Pagi2 lagi lepas siap kemas brg2, terus gerak adik suh masuk kete, dgn xmandinya..lantak la, ( sbb nanti makin lama makin banyak ragam lak) sepanjang dlm kete tu dia xtido pun, tahan tu mata budak ni, dh la kul 3lbh baru dia tido td. So perjalanan yg diringin angin2 bayu pagi yg damai dan jalan yg tenang, dan sememangnya bertawakal supaya sampai dengan selamat.

Lebih kurang kul 7 sampai di rantau abg singgah di petronas untuk si budak comel tu bersiap2 mandi tukar baju lawa2 (lupa nk snap pic) leh pulak delay kat situ 30min sbb meragam pasal xnak pakai baju yg dibawak tu. adoii sabar je lah.. kau kan kakak kene lah mengalah




Dengan penuh kesabaran kami pun teruskan perjalan , dan sampi di dungun, mek kol ju supaya dtg amik kami, yelah xtahu nk tuju arah mana kan. Singgah di mcd dulu tuk bfast. dh kenyang apa lagi si cantik ni nk posing sana sini..layan je..lebih kurang 30 min jue pun sampai.



I FOLLOW bak kata SY... so follow la kemana saja yg dia nk bawak mek ni.. jauh gak la..mek igtkan dekat2 area bandar dungun tu..tapi kene redah bukit bukau.. kalau tgh2 mlm ni sure mek xlalu jalan cmni. sunyi sepi.. 1,2 x je selisih dgn kete.



Maka dengan itu kami pun sampai lah di Pintu Gerang Kerteh aka Felda. wow memang jauh sey.. next time nk g memang kira sesat lagi lah..kene ada org berjemput gak la. Masuk2 kat felda ni memang la.. Masuk lorong kuar lorong akhirnya....



Sampai di umah makcik jue tmpt majlis akan diadakan. So sbb majlis akan dipercepatkan dlm kul 11lbh, maka kerja harus lah pantas..



Hantaran dr pihak perempuan, tema hijau putih



Hantaran dari pihak lelaki utuk perempuan, lawa..mek dapat 1 bakul hadiah dari jue sbg kenangan..ahha




Budak comel 2 org ni sama usia tau.. tapi jauh beza dari segi fizikal.. sorang nampak cam kakak, sorang lagi cm adik jer..



Dan dengan itu kamu telah menjadi tunangan org wahai ' kembar ku' jgn buat2 xigt lak.. mek doakan moga 10-11/ 11/2011 semuanya settle dengan sempurna dan jgn lupa update kt mek bagaimana rasanya perasaan bercinta  lepas kawin..haha



* ku seru jodoh ku *







KERANA DIRIKU AMAT BERHARGA


Assalamualaikum semua

" Kerana diriku amat berharga" pinjam tagline produk kecantikan jap. sbb arini! mek nk cete 1 kisah yg baru2 ni ada berlaku pada mek, nth betul ntah ke tidak. Nak tahu apa betul apa ygtidak nya? meh rapat2 dekat nk cete skit.

Alkisahnya 2 minggu lepas, mek kuar dgn adik g pasaraya yg paling terkenal di Terengganu ni. iaitu pasaraya MYDIN ( ishh kalau nak tahu kat sini lah boleh tgk betapa banyaknya kereta yg tersadai di depan mydin dari pagi sampai lah ke malam. semua pakat2 nk g mydin..cari naper pun dok tahu starang. rama sokmo orang ).

Waktu mek sampai dlm kul 9lbh cmtu lah, masuk beli brg 2,3 ketul.. pastu dlm kul 10lbh kuar dari mydin menuju ke parking kereta, waktu ni masih banyak lagi kereta yg tersadai di mydin ni. Lepas masuk kan brg mek pun start la enjin kete..


TIBA2... Ohh mak kou!!!
kuss semangat

Ada seorang 'Akak' ni berdiri sblh tgkap kete mek sambil mengucapkan ASSALAMUALAIKUM. Mek bukak skit cermin kete, lalu 'Akak' itu pun berkata :


Akak : Adik nak balik mana?
Mek : Sy nk balik *****
Akak : Leh dop kak nk mitok tulung atar kak di Batu 6
Mek : Ha? ( hati berbisik : adoi lah cari nyakit blake nih) doh kak mari ngn sape sini?
Akak : Kak tupang jiran mari sini pg td, pastu nk kelik xdan skali ngn dia, kak tggu sini lama doh, xtahu nk kelik rana, mitok tlg org lain pun xse atar gop.
Mek : Sy xleh nk atar kak, sbb xsehaluan, jauh lop sy nk patah balik umh sy (hati berbisik : leh caya ke dop nih, nth2 ada niat lain). Dh suh la laki kak mari amik?
Akak : Kalu ada laki xdop la susah gini dik, sian la ke kak dik, anok2 kak xdop org jaga umh, igtkan nk g betar jah tak di. Hari raya ni kak mitok jasa baik adik nk mitok la sgt2 tupang atar kak balik , dop tahu dh nk wt rane nih
Mek : MAAF la kak, sy xleh nk atar, sy pun dh lewat nk balik nih, kak mitok tlg org lain deh
Akak : Dah xpe la dik xleh atar gak! ( reaksi : muka agak frust dan marah & sedih) ~ berlalu pergi ke arah lain sambil memandang mek !!!!!


Itu antara perbualan akak tu & mek, mek sekerasnya xnak tumpang kan dia. antara sebabnya :

* Kereta mek 2 pintu je ~ sbb tu KEDEKUT nak tumpang kan org..haha
* Dah la xkenal batang hidung ~ malam2 nk tumpang of coz i say NO
* KESIAN?? ~ memang kesian, tapi pujuk rayu tu xberkesan pada HATI BATU mek ni
* Kenapa xpergi je kat balai polis yg ada di mydin tu~ mintak abg polis hantar kat umh itu lebih selamat kot
* Suh la jiran tu datang amik semula!!!!!!!!!
* Teksi kat depan mydin kan ada!!!!!!!!!!
* Xde pulak mintak tlg dgn family car yg waktu tu ada depan kete mek !!!!!!! kete mek jugak yg nk ditumpang nya
* xpasal2 nanti masuk paper, budak perempuan kene rompak!! kene bunuh ker!! kesnya
menumpangkan org yg xdikenali


~Moral nya : Biarlah kita sombong,kedekut, hati batu kene pada tempatnya, skrg ni macam2 kes sudah berlaku, kalau pun betul akak tu sedang bermasalah, mek harap dia selamat pulang dgn selamat & apa cara skali pun ~



Akak Jadi la cm awek2 motor vietnam ni semuanya pandai bawak motor, nk g mana2 sonang je, kete mek xleh naik lebih dari 2 org ..hehe sbb yg lain nanti susah nk kuar.. kwang3 lalalalal
javascript:void(0)


~ end ~


DUCATI TU MACAM TZM KAN






Bro : Dah tgk ker ducati streetfighter tu camner?
Mek : Ala macam TZM kan?
Bro : Sesedap je dia samakan dgn TZM ( muka bengang)
Mek : Lor............. yelah tangki minyak tu cm sama je
Bro : (bukak iphone tunjuk pic ducati) camni lah
Mek : Ha.. sama lah tu...... hehe ye lah cuma ducati tu power lagi kot



Itu lah nk cakap bab2 motor dgn org yg xtahu menahu menatang design ducati tu camno.. tu pun search tenet sbb bro beriya2 suh tgk motor yg dia beli.. huhuh.. Orang beli mahal2 last2 skali mek kata sama cm tzm. Hangin jer kan.. jgn marah ekk





HAID TU SAKIT TAK




Sakit tak datang haid tuh?
kalau boleh adik xnak dtg haid
mesti perut adik sakit kan
Haid tu apa

" Haid adalah suatu darah yang keluar dari rahim perempuan memalui farajnya pada masa tertentu dan dalam keadaan sihat jasmaninya"



Itu adalah antara ayat2 yg sering acapkali ditanya oleh adik mek mengenai haid nih. Sekarang pun dia dh masuk umur 9 tahun, dan sedang mengalami proses pembesaran sebagai remaja. Seperti pembesaran payudara, berat badan, ketinggian dll.


Boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan bertanya kan tentang haid. Dia risau akan perubahan pembesaran yg sedang dialami nya.. kerana dia lebih suka dgn keadaan fizikal badan dia yg dulu. Dan mek cuba menerangkan kenapa perempuan akan datang haid? dan perubahan selepas datang haid.

Terangkan juga persedian lepas datang haid. huh.. dalam tempoh nk menunggu saat adik mek datang period nanti, mek cuba belajar cara2 nk xplain pada adik, nanti blh praktik kan pada anak pulak..haha Bukan senang nk jadi ibu ni.. kene kuat mental dan fizikal kan???


mek ada info untuk dikongsi dengan ibu2 yg ada anak akan akil baligh nanti.



Ibu-ibu harus sedar yang anak perempuan mereka sedang berubah dari dalam dan juga di luar bila tiba masanya.Perubahan seksual sekunder (akil baligh) mungkin tidak berlaku secara serentak untuk semua gadis.

Adalah normal sekiranya perubahan ini berlaku pada umur seawal lapan tahun ataupun mungkin lewat sekitar umur 14 tahun.

Walaupun tidak nampak perubahan luaran yang ketara, sebenarnya anak perempuan anda sedang menjalani perubahan fisiologi, endokrin serta anatomi dalaman lain.

Untuk itu, para ibu diharapkan dapat mengetahui dan memahami;


  • Bagaimana perubahan ini berlaku
  • Mengapa berlakunya perubahan ini
  • Bila kedatangan haid dijangka tiba

Pada tahap permulaan ini, seorang ibu dapat melihat perubahan pada anak gadis seperti;

  • * Payudara makin membesar

  • * Penambahan berat badan dan juga penambahan ketinggian
  • * Ukuran di bahagian punggung semakin lebar
  • * Tumbuhnya bulu ketiak dan juga di kawasan genitalia (kemaluan)
  • * Perubahan bau badan

  • * Kehadiran jerawat di muka.

Mungkin perubahan pertama yang dilihat bermula pada kawasan payudara yang semakin membesar.

Kawasan yang gelap di sekeliling puting akan membengkak, jisim payudara akan lebih membulat serta menjadi padat dan berat.

  • Terdapat juga kemungkinan tumbesaran payudara di kedua-dua belah dada tidak seiras dan serupa.
  • Mungkin juga anak anda merasai tidak selesa pada kedua-dua ataupun sebelah payudara.
  • Namun tidak perlu runsing kerana ini mungkin normal untuk peringkat awal perkembangan.
  • ika waswas, bawa anak perempuan anda berjumpa dengan doktor untuk kepastian.
  • Kematangan hormon juga menyebabkan kematangan sistem reproduksi anak gadis dengan ovari kini berupaya mengeluarkan telur untuk disenyawakan.

Darah haid


Sukar untuk mengetahui dengan tepat bila seorang anak gadis akan mengalami haid pertamanya.

Kebanyakan anak gadis akan mendapat haid pertama sekitar umur 12 tahun. Haid pertama biasanya sedikit sahaja dan berlangsung untuk tiga hingga tujuh hari dengan kekerapan sekali setiap bulan.

Berkemungkinan juga darah haid anak gadis tidak teratur dan datang sekali setiap dua bulan atau mungkin dalam jumlah darah lebih sedikit.

Bagaimanapun, anak gadis ini mungkin perlu mendapatkan rujukan doktor jika kedatangan haid masih tidak teratur, tidak tenteram dan juga selalu menyakitkan selepas 2 tahun.

Buat perancangan nota kehadiran haid

  • Seorang ibu perlu memberi tunjuk ajar kepada anak gadisnya supaya menanda kehadiran haid di dalam diari ataupun kalendar dan catatkan sebarang masalah ataupun kesakitan semasa datangnya haid.
  • Dengan cara sebegini, anak gadis dapat meramalkan bila haid berikutnya akan datang dan juga julat di antara dua peristiwa haid berdekatan.
  • Lazimnya julat darah haid adalah di antara 21 hari hingga 45 hari. Adalah biasa bagi julat haid berbeza-beza dan hari pertama haid pun mungkin pada hari awal dan juga mungkin lewat berbanding dengan bulan lampau.
  • Untuk mereka yang sudah berkahwin pula, biasanya kelewatan haid dikaitkan dengan kemungkinan mengandung, bergantung kepada tempoh lewat datang haid.

Persediaan

  • Adalah lebih baik sekiranya perancangan awal disediakan sebelum datangnya haid seperti menyimpan tuala wanita di dalam beg dan dibawa ke sekolah.
  • Tuala ini dipakai di bahagian dalam seluar dalam dan bertujuan menyerap darah yang keluar. Perlu diingat bahawa tuala wanita ini perlu ditukar setiap empat jam kerana darah haid yang terkumpul mungkin menjadi tempat pembesaran yang baik untuk bakteria.
  • Biasanya untuk beberapa hari pertama, tuala wanita perlu ditukar dengan lebih kerap disebabkan jumlah darah yang keluar terlalu banyak.
  • Penggunaan tuala wanita yang diletakkan bau haruman juga tidak digalakkan kerana mungkin menyebabkan berlakunya keradangan pada kulit sekitar kemaluan.

Tidak selesa dan sakit

  • Ramai gadis mengalami kekejangan di bahagian bawah abdomen semasa kehadiran haid.
  • Mungkin juga kesakitan tersebut merebak ke bahagian belakang (seperti mereka yang sakit bersalin).
  • Ada juga keluhan seperti sakit kepala, pening-pening, kekerapan buang air besar dan juga loya-loya muntah.
  • Jangan runsing kerana ini adalah normal untuk pengalaman awal kehadiran haid.
  • Untuk menghilang masalah serta rungutan ini, anak gadis ini boleh mengambil;
- Pil penahan sakit seperti NSAIDs, contohnya ibubrofen ataupun naproxen sodium.
- Bersenam
- Meletak kan pemanas seperti tunggu di bhg bawah abdomen


Rujuk kepada doktor sekiranya:


  • Anak anda sudah pun berusia 15 tahun tetapi masih belum datang haid.
  • Kehadiran haid yang sebelum ini teratur, tetapi sekarang tidak lagi teratur.
  • Julat di antara sebelum dan selepas haid kurang dari 21 hari ataupun melebihi 45 hari.
  • Julat haid berlaku selama 90 hari (3 bulan) walaupun hanya untuk baru satu kitaran (bukan mengandung).
  • Kehadiran darah haid melebihi tujuh hari.
  • Sekiranya jumlah pendarahan terlampau sehinggakan tuala-tuala wanita perlu ditukar setiap satu hingga dua jam.



PANTUN LEBARAN


KELANTAN
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

TERENGGANU
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

PAHANG
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

JOHOR
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

MELAKA
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N.SEMBILAN
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

SELANGOR / K/LUMPUR
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

PERAK
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

KEDAH
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

PENANG.
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

PERLIS
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang







IF YOU COUPLE



Petang2 ni nk buat keje pun dah rasa malas + ngantuk.. apa kata kita hiburkan hati dengan tgk gelagat senaman TRIO SINAR FM.. layan



SI TUA YG GATAL

Pagi2 dh nk buat gosip..apa da! tapi slagi aku xluahkan apa yg terbuku dlm sanubari aku ni, ohh rs cm tersekat jer nk buat keje arini. cewah2. bukan aku dr smlm aku duk terfikir kenapalah bila dh tua2 makin menjadi2 gatalnya!!

oppss aku bukan nk aibkan sesiapa tapi saje nk share or maybe korang boleh share pendapatkorang jugak kan, sblm ni aku xpenah lagi merasa kan tempat yg aku duk cri rezeki slama ni ada gak org buat keje2 bodo or duk menggatal meraba2!!!


cuba korang bayangkan kalau kat opis korang tu ada org tua yg gatal lagi miang dan suka duk pandang aset korang yg 2 ketul tu. pergh mesti korang bengang dan marah kan!! aku menyirap betul la dgn org camni, kenapa ekk? xcukup ke apa yg bini layanan bini kat umah tu?? nk jugak cari yg muda bergetah kat luar.

yang aku nk share pasal org tua gatal ni, kiranya dia bukan calang2 org, berpangkat, kalau sebut nama memang terkenal satu ms dulu, g mana2 semua org kenal, semua org respek, tapi aku xrespek kat org camni. kalu perangai cam hamlau. buat malu diri sdiri jer.

kalu ko dh gatal sangat kan xyah la nk buat kat tempat org cari rezeki beb, cari la pot lain or mybe gak dia rs kat tempat kite org cari rezeki ni lah yg selamat kot.haha tapi ko silap dengan lakonan kau yg kau agak2 dapat mengaburi mata pandangan & pendengaran kami ni, ko silap besar.

Aku dh mula meluat dengan org yg bermuka2 camni, depan staf tunjuk baik, tapi ko boleh buat 'date' dgn pucuk muda kat sini. ko igt kiteorang ni xrs pelik ke dgn pelakuan pelik korang tu.
Yg si budak muda tu pulak senang2 je bagi org rasa harta dia. apa dah.

Ntah la zaman2 skrg ni dh macam2 hal yg jadi kan. aku pun rs cm dh malas nk kerja lama2 sini. ini kire entry aku yg paling maut penah aku tulis. sure lah kalu dia terbaca ni, mesti silap2 terus dia cakap you're fired.. hahah ada mak kisah!!!

KUCING KENE ROGOL!!!

Kepada pencinta, pembela & penyayang kucing2 sedunia lepas ni anda perlu beri jagaan yg lebih terhadap kucing2 kamu semua..termasuk jugak aku lah. Tu pun kalau kawasan umah tu ada taman kera cm kawasan rumah aku tu.. kalu xcaya leh tgk SINI tapi nasib baik kucing aku jantan, xde la terjadi perbuatan yg sungguh memalukan seperti di bawah itu..huhuh sian kucing tu kan...


Itulah sifat binatang yg xkenal siapa lawan siapa kawan siapa pasangan mereka..heheh jgn lah pulak kite yg waras ni nk terikut cam perangai xsenonoh binatang tu ekk..xmo xmo...




ohh plz jangan kacau aku!!!!! mieww mieww

Kurang ajar punya kera jantan..help me help me




kucing jantan : kenapa yang? apa sudah jadi?
kucing betina: xguna punya bf, baru skrg nk datang tolong
kera2: kau sudah terlambat kucing jantan
HAHAHAH (gelak jahat)





CUTI KAH AKU


Awal bulan depan aku nk bercuti.. hip2 horeyy.. nk mengabiskan cuti2 tahunan yg masih berbaki.. tu pun xamik semua la. emm kemana nk pegi bercuti ekk musim hujan banjir ni yer. Aku cadang nk g langkawi or melaka or jb or kl.

Cuba korang suggest tempat bercuti yg best. mana tau dengan idea korang yg bernas tu dapat lah aku menfaat kan cuti yg ciput tu dengan bergitu bermakna dan seronok sekali..





~mode : lalalalal yip2horey sengeh sampai ketelinga ~

FAT MONKEY STATUTE IN SAO PAULO


Apa tue


ohh monyet rupanya


warna2 monyet bandar ni ekk







Seluruh badan monyet dipenuhi selipar yg berwarna-warni ~ sungguh comel




~kalau selipar ni diorang sedekah pada org pelarian or yg xberkemampuan pun ok gak kan~


TRUE BIKERS